Pelumba tempatan dominasi podium peringkat akhir JM 2017

0
21

ALOR SETAR 7 Okt. – Tiga pelumba negara memenuhi podium pada peringkat akhir Jelajah Malaysia (JM) 2017, dengan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Hariff Saleh menjuarai perlumbaan kelima itu yang bermula dan berakhir di Menara Alor Setar, di sini hari ini.

Pelumba berusia 29 tahun itu menaiki podium pertama selepas mencatat masa terpantas 3 jam 8 minit 6 saat pada perlumbaan sejauh 132.8 kilometer itu.

Tempat kedua dimenangi Saufi Mat Senan dari Sitra Kelantan (KEL), manakala seorang lagi pelumba TSG, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki ketiga, yang masing-masing turut berkongsi tempoh masa dengan Hariff.

Berikut merupakan pemenang bagi lima jersi yang dipertandingkan pada perlumbaan akhir JM edisi ke-53 itu:

1) Jersi kuning (juara keseluruhan): Brendon Davids dari pasukan Oliver’s Real Food Racing (OLI).

2) ‎Jersi hijau (raja pecut): Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari pasukan TSG.

3) ‎Jersi polka-dot (raja bukit): Wilmar Jahir Perez Munoz dari pasukan Team Sapura Cycling (TSC).

4) ‎Jersi kelabu (pelumba muda terbaik): Ryan Thomas dari pasukan OLI.

5) ‎Jersi merah (pelumba terbaik Malaysia): Zawawi Azman dari pasukan TSC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here