Mahasiswi perlu berusaha meme­nuhi keperluan Industri 4.0 – DS Rosmah

0
23
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga dari kiri) bergambar bersama dengan para siswi selepas majlis perasmian Konvesyen Siswi Cinta Negara di UiTM cawangan Merbok.

MERBOK 4 Oktober – Golongan mahasiswi diingatkan supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran baharu dalam usaha mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, mahasiswi perlu berusaha meme­nuhi keperluan Industri 4.0 yang mementingkan penguasaan elemen 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, (critical thinking and problem solving), komunikasi (communication), kolaborasi (collaboration) dan kreativiti (creativity).

“Kemahiran-kemahiran ini perlu diasah dan dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan, baik dalam pembelajaran, kesukanan mahupun aktiviti sosial.

“Malah, kreativiti dan inovasi, literasi teknologi serta kecerdasan emosi dianggap sebagai kemahiran tiga teratas yang perlu ada pada seseorang pekerja di era Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Siswi Cinta Negara anjuran Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, baru-baru ini.

Yang hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Syukri, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Rektor UiTM Kedah, Dr. Asmadi Mohammed Ghazali.

Menurut Rosmah, golong­an siswi juga perlu menguasai teknologi terkini atau kecekapan digital dalam usaha memastikan wanita muda kekal berdaya saing dalam apa jua industri yang diceburi.

“Wanita tidak boleh ketinggalan dalam penguasaan teknologi kerana itu adalah kemahiran abad ke-21 yang perlu digarap dan dipraktikkan dalam usaha mening­katkan pendapatan, memajukan kerjaya dan mewujudkan jaringan perhubungan.

“Perkara ini boleh tercapai sekiranya wanita juga menggunakan sepenuhnya kapasiti internet dan teknologi terkini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here