Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 60 Peringkat Daerah Baling

0
17

BALING – Pejabat Daerah Baling Menganjurkan Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 60 Peringkat Daerah Baling Tahun 2017 Bertempat di Pentas Lintas Hormat Berhadapan Pejabat Daerah Baling. Majlis di serikan dengan Perbarisan Kontinjen – Kontinjen yang Mengambil Bahagian Terdiri daripada Badan – Badan Uniform, Badan Kerajaan, Institusi Pendidikan, Swasta, Ngo, Politik, Kaum dan Mukim. Puisi Merdeka turut di Persembahkan kepada Orang Ramai. Tazkirah di sampaikan oleh Saudari Afiqah Bt Mahmud atau lebih di kenali sebagai Da’i Afiqah, Naib Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke – 5.

Selain itu, Majlis di sajikan dengan Persembahan Kebudayaan Etnik oleh Masyarakat Siam, Simpang Empat. Persembahan Gendang Silat Tradisional Oleh Masyarakat Baling.

Penyampaian Anugerah di sampaikan Oleh YB. Dato’ Azmi Che Hussain, Timbalan Speaker DUN Kedah dan ADUN Bayu kepada Penerima Pingat Hang Tuah Peringkat Kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2017 bagi Kategori Remaja Adik Mohd Farid Iskandar b. Mohd. Zulkarnain dan Kanak – Kanak kepada Adik Muhammad Aniq Farabie b. Mohd Zali.

Selain itu, dalam majlis Tersebut di Sampaikan Hadiah Kepada Pemenang Tempat Kedua Da’ i Pendakwah Nusantara Musim Ke – 5, Adik Nur Afiqah bt Mahmud yang Berasal Dari Sungai Limau, Baling. Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Kuala Lumpur. Adik Muhamad Uzair Amin b. Mohd Yusof dan Pemenang Pingat Emas Pertandingan Halal Chef Challenge 2017 di Spice Arena, Pulau Pinang, Adik Muhammad Saiful b. Jamaludin. Hadiah di sampaikan Oleh Ybhg. Dato’ Mohd Khairul Azhar b. Abdullah, Penyelaras Dun Kuala Ketil.

Turut Hadir di Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari kebangsaan Ke 60 Peringkat Daerah Baling Tahun 2017 adalah Yang Berbahagia Datuk Hj. Md. Suhaime Abd Rahman, Pegawai Daerah Baling, YB. Dato’ Azmi Che Hussain, Timbalan Speaker DUN Kedah, ADUN Bayu dan Isteri, YBHG. Dato’ Mohd Khairul Azhar Abdullah, Penyelaras Dun Kuala Ketil, Tetamu – Tetamu Jemputan, Ketua – Ketua Jemputan, Penghulu – Penghulu Mukim, Peserta – Peserta Perbarisan dan Orang Ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here