Isu Rohingya: Thailand sedia bantu Myanmar, Bangladesh

0
29
FILE - In this June 13, 2012 file photo, a Rohingya Muslim man who fled Myanmar to Bangladesh to escape religious violence, cries as he pleads from a boat after he and others were intercepted by Bangladeshi border authorities in Taknaf, Bangladesh. She is known as the voice of Myanmar's downtrodden but there is one oppressed group that Aung San Suu Kyi does not want to discuss. For weeks, Suu Kyi has dodged questions on the plight of a Muslim minority known as the Rohingya, prompting rare criticism of the woman whose struggle for democracy and human rights in Myanmar have earned her a Nobel Peace Prize, and adoration worldwide. (AP Photo/Anurup Titu, File)

BANGKOK: Thailand semalam memaklumkan pihaknya ‘mengikuti rapat situasi dan akan menyalurkan bantuan kepada kerajaan Myanmar dan Bangladesh’ berkaitan krisis di Rakhine.

Ia dimaklumkan menerusi Kementerian Luarnya, dalam satu kenyataan yang jarang dibuat mengenai krisis di wilayah berkenaan.

Keganasan tercetus di Rakhine pada hujung bulan lalu apabila militan Rohingya menyerang pos pengawal, mencetuskan tindakan keras oleh pihak tentera.

Difahamkan lebih setengah juta etnik Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan oleh Myanmar, melarikan diri ke Bangladesh sejak itu.

Mereka yang melarikan diri ke Bangladesh menuduh tentera Myanmar yang disokong samseng Buddha, melakukan kempen pembunuhan kejam.

Sementara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan insiden itu sebagai pembersihan etnik yang dilakukan kerajaan di utara Rakhine sebagai tindak balas terhadap militan yang menyerang pos pengawal pada Ogos lalu.

“Kerajaan Diraja Thailand sentiasa memberi perhatian dan perlindungan kepada pelarian Myanmar,” katanya sambil merujuk kepada kira-kira 10,000 pelarian dari Myanmar yang tinggal di sembilan kem di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar. – Reuters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here