425,251 calon duduki ujian bertulis PT3 hari ini

0
15

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di seluruh negara, bermula hari ini hingga 12 Oktober.

Daripada jumlah itu, 394,458 adalah calon sekolah kerajaan, 9,034 (calon sekolah agama negeri), 10,949 (calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan 2,540 (calon sekolah agama rakyat).

Manakala 1,091 adalah calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM, 544 (calon persendirian) dan 65 calon daripada sekolah integriti asrama akhlak serta tunas bakti, lapor BHOnline.

PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak 2014.

Sementara itu, di Selangor, seramai 75,473 calon menduduki PT3 di 332 pusat peperiksaan di negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here