Bekas perwakilan DAP pertikai pemilihan firma audit AS

0
24

BUTTERWORTH 9 Okt. – Bekas perwakilan DAP pada pemilihan 2012, G. Asogan mempersoalkan keputusan DAP ‘menjemput’ firma audit dari Amerika Syarikat (AS) untuk memantau pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan semula bulan depan.

Asogan berkata, DAP merupakan parti yang berdaftar di negara ini dan wajar memberi peluang melalui tender terbuka kepada firma-firma audit tempatan.

Ujar beliau, ahli-ahli parti itu berasa pelik dengan pemilihan firma audit asing kerana sebelum ini pemimpin DAP telah menyenaraikan beberapa nama syarikat firma tempatan.

“Adakah dengan pelantikan firma asing ini DAP seolah-olah mahu memperbodohkan ahli-ahli parti dan kemudian menuding jari kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ( ROS) sekiranya wujud bantahan selepas CEC diadakan kelak?” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here